Saturday 12 August 2017

Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 2 (2017) VS Hari Merdeka

Assalamualaikum

Masa begitu cepat berlalu.  Sedar atau tidak kita sekarang berada dalam bulan kemerdekaan iaitu bulan 'OGOS'.  Di sekolah banyak program berkaitan kemerdekaan dijalankan seperti pertandingan pakaian beragam, mewarna poster, bina ayat dan mengarang sempena bulan kemerdekaan dan lain-lain lagi.  Kawasan sekolah juga dihiasi dengan jalur gemilang.  

Cuti sekolah pertengahan penggal 2 (2017) bermula pada 26 Ogos 2017 sehingga 3 September 2017. Hari kemerdekaan Malaysia termasuk dalam cuti persekolahan tersebut.  Sudah 60 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.  Syukur alhamdulillah.  


Panjanglah cuti, oleh itu sama-samalah kita manfaatkan cuti ini dengan balik ke kampung menziarahi ibu bapa kita.  Jika ibu bapa tinggal dengan kita, raikan mereka dengan membawanya pulang ke kampung untuk melihat rumah yang telah lama ditinggalkan.  Mereka tak akan bercakap, tapi kita sebagai anak semestinya mempunyai perasaan kasihan belas dengan kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita.

Insyaallah, saya akan balik ke FELDA Kumai, Bera bersama ibu saya.  Besar harapan agar ibu saya gembira dengan percutian kali ini.  Saya sebagai anak perlu kuat semangat apabila balik ke kampung, maklum rumah tinggal maka memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi untuk membersihkan keadaan di dalam rumah yang banyak habuk.  Saya mempunyai ada anak kecil, jadi sebelum masuk ke dalam rumah, saya dan suami akan pastikan keadaan dalam rumah sudah disapu bersih dan dimop jika perlu barulah ibu dan anak saya akan masuk ke dalam rumah.  Begitulah rutin setiap kali balik ke kampung.  Saya dan suami gembira jika ibu bapa kami gembira.



 

No comments:

Post a Comment