Saturday 12 August 2017

Penurunan Harga Penginapan Homestay

Asslamualaikum

Terlalu lama saya tidak menulis di dalam blog ini kerana banyaknya aktiviti sekolah dan urusan keluarga.  Dikesempatan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan saya dan suami untuk terus hidup bersama sebagai suami isteri.

Pada 10 Julai 2017 yang lalu suami saya En. Harisfadilah Bin Shamsuddin telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ, Seremban kerana serangan jantung.  Selama 6 hari berada di hospital.  Walaupun nampak sihat tetapi sebenarnya denyutan jantungnya sangat laju ketika itu. Ucapan terima kasih kepada saudara mara dan rakan-rakan yang datang menziarahi suami saya di hospital.  Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan suami saya sekarang beransur sihat, sudah mula bekerja dan yang paling penting kami sekeluarga sekarang mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, kurangkan minyak,santan, gula dan garam. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, masakan yang rebus-rebus dan panggang.



Bagi menzahirkan rasa syukur saya, saya memberikan tawaran harga yang rendah kepada tetamu homestay saya sehingga 31 Ogos 2017.  Tetapi saya lanjutkan sehingga 30 September 2017.  Harga yang ditawarkan adalah semalam RM 120 manakala 2 malam hanya RM 200 sahaja.  Sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di talian 019-2423872.

Kepada yang telah menginap di homestay saya, saya ucapkan terima kasih dan kebanyakan dari mereka menyatakan homestay ini selesa dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

No comments:

Post a Comment